Category: My…

Nov 13 2008

Congratz

result upsr kluar arini. aku tak ingat pn pagi ni. dua hari lepas ingat. kul 11 td adik aku hntr msg, tp kul 12 suku baru aku baca. ๐Ÿ˜

congratz. well done.

Oct 19 2008

aalim

aalim.. mari la mung balik wei..

mari la.. dok cakak doh duk gini.. susoh.. payoh..

tulung aku tulung mung.. mari deh..

aku tunggu.. sebab mung tu aku.. aku tu mung..

MEDTECH RAYA FIESTA.

lepas test malaysia studies tadi, terus ke majlis raya MEDTECH, bertempat di in2eat Pocket D. sambutan raya, sepertimana yang lepas-lepas, ada makan-makan.ย  ๐Ÿ˜€

makanan? mungkin tidak kena dengan selera. i would rate 5 out of 10. owh.. bukan salah komiti. mereka telah berhempas pulas untuk memastikan segalanya hebat. itu hanya sekadar pendapat peribadi, mungkin tidak kena dengan selera aku.

i’m out of my words, walaupun ingin sekali aku kongsikan cerita yang menarik disini. ๐Ÿ™‚

sedikit gambar dari makan-makan tadi.

#1 – Satu

#2 – Dua

dsc_0114.jpg

#3 – Tiga

dsc_0096.jpg

#4 – Chak~

dsc_0095.jpg

#5 – Best

Apr 15 2008

10-finger speed?

66 words

masa itu emas ๐Ÿ™‚

Apr 15 2008

expiry…

argH~!!!!!!!!!!!
macam mana aku bleh lupa… 6 april, expire date of one of domains that i’m taking care of… ngaaaa~!!
sorry to whom it may concern… today is the last day. the only day that i have to renew it.. argh~!!!
kenapa aku lupa??????????????????????????????????????????????????

Apr 14 2008

yes, you can.

can you live without …?

yes, sure I can.

But, you don’t

That’s the fact. Let’s take your handphone as an example. Can you live without your handphone? Sure you can. But how many of you choose to live without handphone. One? Two? Three?

That’s handphone? How about money? Friends? Internet? etc..

Life is short, first thing first kata laily. ๐Ÿ™‚

Mar 31 2008

kisah kita…

ingat kisah kita?

tak apa la kalau awak lupa. ya. kisah kita tu panjang, saya pun tak ingat mana awalan dan mana akhiran. tapi bagi saya kisah itu adalah sebuah kisah yang menarik, walaupun bukanlah sebuah kisah klasik masa depan.

banyak yang kita harungi bersama. penat lelah suka duka. awaklah yang terbaik pernah saya jumpa. awaklah yang terbaik pernah saya miliki. awak pernah menjadi segala-galanya buat saya. sebagaimana saya, awak juga pernah melukakan hati saya. sebagaimana awak, saya juga pernah membawa diri kononnya merajuk.

saya rindukan saat-saat indah kisah kita itu. biarlah kisah itu menjadi kenangan, menjadi ingatan untuk kita.

hari ini, kita membuat kisah masing-masing. mungkin ada sedikit persamaan diantara kisah kita, dimana kisah saya dan kisah awak berjumpa. saya harapkan suatu hari nanti kita akan dapat bina sebuah kisah kita yang baru, yang mana kita mungkin sudah dihujung usia, jika diizinkan-Nya.

walaupun tak banyak, saya ada membaca kisah-kisah awak sepanjang kita tidak bersama. oh.. bukan di media cetak dan buka juga di media-media elektronik. cukuplah untuk mengubat kerinduan saya kepada awak. banyak kisah menarik yang sampai kepada saya. yang kurang enak, juga tidak ketinggalan.

kita hari ini sudah dewasa. sudah matang. sudah boleh berfikir. layak untuk bekeluarga. ada diantara kita memang sudah memulakan episod hidup bekeluarga. hanya masa yang menentukan giliran kita.

kisah kita. perpisahan sementara ini sudah saya jangka. bukan salah awak ditinggalkan, tapi bukan juga salah saya untuk meninggalkan. inilah suratan takdir, tentuan Ilahi. bukan bermaksud saya tidak setuju dengan ketentuan-Nya, tapi kagum. Hebatnya Dia. jika tidak kerana apa yang disuratkan ini, mana mungkin kisah kita ini menjadi sebuah kisah yang sangat hebat.

seringkali apa bila kita berjumpa, walaupun seketika dan hanya beberapa, kisah kita yang lalu sentiasa menjadi bahan bual biacara, hilai tawa. satu persatu kita kisahkan semula. yang masa saya tak ingat, awak ingatkan, mana awak tertinggal, saya tambahkan, mana yang kita salah, kita yang betulkan. kisah indah, kisah manis, kisah hitam, kisah pahit. masa itulah kita merasakan alangkah indahnya kiranya dapat kita betulkan kesilapan lalu. alangkah indahnya kalau dapat kita kekal disitu, tapi bukan kekal begitu.

Oct 08 2007

crying and raining.. bcoz of the g, the water fall down…

SLAM – Gerimis Mengundang

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

( korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

( ulang dari korus )
Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis

dload mp3 here

Sep 14 2007

chaotic soul

salam..
chaotic soul.. yeah.. i’m..
jiwa kacau, hati seriau, perut lapau, rasa gentar.. semua ada..
semua yang ada tu semua tak kena..
tak tau kenapa.. memang nasib aku macam ni ke?

lepas satu, dua, lepas tu tiga and the list goes on…
kalau dulu, mana nk kisah semua ni..
aku buat apa aku nk buat,
walaupun kadang2(actually selalu) aku x dapat apa yang aku x nak, aku OK. happy
sekarang? x dapat apa yang aku x nak pn aku dh rasa lain macam (dh x dpt ape yg x nk, ape nk kisah? karut r).. miahehehe
ape cer? x der apa2, jangan ditanya ok ke tak sebab akan ku jawab OK, dengan yakin. jangan ditanya dua tiga kali, sebab jawapan sama je. dan akhirnya giveup dari pihak penanya. ๐Ÿ™‚

hari ni hari ke dua puasa, td terawih yang ketiga, tak lama lagi sahur yang ketiga jugak. esok puasa yang ketiga. dah tiga hari. sempat ke aku habiskan? (aku mmg nk habiskan). insya-Allah, apa yang dah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah yang terbaik yang ditentukan-Nya. sape aku nk tanya ini dan itu? sape aku nk mintak ini dan itu? cermin diri, tgk atas sampai bawah. check sekali, tak guna kalau tgk sekali lalu je. make no sense, totally.

macam mana agaknya mak ayah, adik2 aku kt rumah. mcm mana diorang bukak puasa td? aku rasa nak balik. boleh ke? persoalannya, betul ke aku betul2 nk balik? hurm… balik raya? tiket? hurm… bas? hurm… banyak benda yang x de kepastiannya. kalau ad yang pasti pn, yang pasti tu boleh jadi x pasti. nak senang? tak yah pastikan apa2. jika ya, yalah dia. kalau tak? u better know what to do (i’m a root, if u see me laughing, u better have a backup). macam keyboard aku ni jugak, taip 5 6 hurup, kadang keluarnya satu je. USB driver nk kena reinstall. tapi x per la, aku bkn selalu pn pakai keyboard usb ni. hari je rasa malas2.

hidup? yup.. alhamdulillah, masih diberi hidayah, masih diberi peluang oleh-Nya. tak tau plak sampai bila. ada sape2 tau? jiwa.. kacau? hurm.. bergolak sikit tu pn ada la jugak. mana tak tidak, benda sama je berlaku tiga empat kali. nk kata x belajar dari kesilapan, belajar dari kegagalan dah buat. mana silap yang x gagal? ada? anda tak tau kot gagalnya macam mana. takperla.. aku pilih. u choose, it’s your choice for your life. so chooooooooooooooose la.

pilihan? brp banyak yang aku ada? yang aku tau? yang aku x tau plak macam mana? x kan terlepas macam tu je. tapi sape nk tolong beritahu aku? ada ke org tau ape yang patut aku tau tapi aku x tau tu? sape? dia boleh ke tolong aku? r u sure? sape2 pn x pasti rasanya. yang ad sekarang ni pn x pasti. ntah macam mana jadinya nanti. nak x nak kena pilih. pernah ada org kata, banyak kali, bukan sekali, (sebab aku yang pegi dengar banyak kali, sebab tu aku cakap dia kata byk kali) apa-apahal kena pilih. kalau biarkan aje, sebenarnya apa yang berlaku adalah bukanlah pilihan(aku pn x paham) sejauh mana aku mampu memilih? tgkla dulu pilihan tu, tgk apa yang ada. (sama macam jawab soalan aneka pilih yang ad I,II,III,IV ngan A,B,C,D tu ke?, ntah-courtesy of MIO)

tgu la sikit lagi. dah nama tunggu, kenalah menanti. penantian sebuah penyeksaan. menanti tidak bersifat menyeksa. yang menanti itu sebenarnya membuat penyeksaan. mana taknya, ditunggunya dengan rasa seksa. cuba rasa benda lain, mana nk rasa seksa tu. sape tu? aku? boleh jadi kot. ala.. tu kes terlepas pandang la tu. apa nk buat. balik2 terlepas pandang. ada alasan lain? tak ada? take it or leave it. u choose. dalam kes ni, aku yang pilih. sebab tu pilihan aku. ๐Ÿ™‚ย  tapi ya yang tidak, silap pilih. parah bila benda tu dh terpilih baru tau tu sbnrnya x patut dipilih. aiseyh… ubahla yang x terpilih tu jadi yang terpilih. ada kenanya mengena ngan lagu ke ni? yang mana satu, pilihan hati bla bla bla…

hati? ikut hati kata org mati? kemana matinya? ajal maut ditangan tuhan. itulah namanya simpulan bahasa(ke peribahasa?, aku bukan x igt, aku memilih utk tidak mengingat) soalnya hati tu tajuk cerita. aku x dpt igt mcam mana ceritanya. takpela, bukan waktu utk mengingat benda tu kot. hati.. igt benda lain? tak jugak. hurm.. tgulah nnt, tgkla macam mana. (dh x nk pilih?) aku tau rasanya apa nk buat, tapi aku x nk buat. takut kot? x der kotnya, memang. hahahaha. ape kisah, sape tau? laa.. kalau ad org yang nk tau, mestila tau. ya la kan, tapi sape yang nk tau tu? manala aku tau. dia nk bgtau ke kalau dia nk tau? pulak dah.. dan sekarang ni sape dia tu? owh.. itu sepastinya boleh jadi sape je kan. sape2 berhak. sape2 pn boleh. nak ngan tak nk je.

tak nak? bukan x nak, tak boleh, x dapat. (x der pilihan?) hurm.. dah cuba.. ape jadi ialah apa yang diharapkan jadi. amin. syukur. tak dpt tidak, semuanya kena kembali kepada-Nya. sebab semua yang datang tu pn dari-Nya. baik buruk ataupun baik yang x baik, bezanya macam mana sampai. disandarkan kepada kita(aku) yang lemah ni. lemah yang x kuat?. ad kekuatannya tu, mungkin x tau kt mana. (atau x nk amik tau?) waaa.. panjang sudah aku tanya aku. sape nk jawab? dh aku yang tanya aku, akula yang jawab. sejauh mana aku mampu aku jawab aku pn x tau. jauhnya mungkin tidak, sekadar mampu berjalan, letihkan badan. keluarkan peluh? mungkin? kalau dalam hujan? peluh? basah? air hujan? kalau air mata dalam hujan? mana air mata? mana air hujan? dkt mata? cuba tanya…

p/s: tak ada apa2, sekadar merepek. dan aku sedang menunggu ni.. tak tau la sampai bila… ๐Ÿ™‚

May 03 2007

aku mahu pulang…

-Amuk-
Aku Mahu Pulang.

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan

download lagu disini
lirik diambil dari: http://www.leoslyrics.com/listlyrics.php?hid=yYuhmRm%2F%2BYo%3D

lihat juga: aku ingin pulang

Apr 16 2007

malam yang siang…

salam..
laporan jam 1.30pagi..
suasana gelap, yang nampak dimata tika ini, tangga blok v5e(spesifiknya, tangga yang paling dekat dengan bilik yondie)
lampu-lampu jalan yang renek, sekadar menyuluh jalan.. lampu itu tidak mampu membuat mereka yang lalu dijalan itu dikenali..
kedengaran bunyi paku diketuk, tukul mengetuk, kayu dipotong, gergaji memotong, orang bercakap berbincang.. mungkin mereka sedang sibuk menyiapkan etp, lebih-lebih lagi pra-edx yang mendatang..
rakan sebilik baru saje mengigau, mintak ditapaukan nasi, nasibnya tak baik, aku tidak berasa nak keluar makan..
pembelajaran sebagai persiapan untuk ujian masih belum selesai dan tak akan selesai..
senarai-senarai kerja-kerja yang perlu disiapkan bertambah berkurang yang pada amnya jumlahnya constant.
perasaan ingin balik tidak dapat tidak untuk tidak ditunjukkan supaya tidak diketahui kerana tidak mampu untuk tidak berbuat demikian.
aku baru sahaja selesai meneguk ubat batuk yang diambil dari klinik ar-ridzuan di poket C setelah pulang dari masjid untuk solat zohor bersama nuQman tengah hari tadi. tegukan pertama iaitu petang tadi ialah sebanyak lebih sediki dari sebotol. tegukan kedua, baru kejap tadi mengakibatkan ubat batuk itu tinggal sedikit saje lagi. bukan kerana ketagih. kerana nak sembuh dari batuk secepat mungkin (walaupun aku tahu teori lagi banyak makan ubat lagi cepat baik adalah tidak boleh dipakai).

cadangan membeli sebiji camera untuk kelab yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat masih terawang-awangan. dslr ataupun prosumer. kedua-duanya ada pro dan kontranya. bezanya lebih dan kurang.
telefon mudah alih(handphone/mobile/cellphone/handset)ku sudah tidak berbunyi lagi, sekadar bergetar. jika sebelum ini, cukup sekadar mengetuk dua tiga kali untuk mengembalikan suara telefon itu, kali ini tidak lagi. telah pergi yang mana mungkin akan kembali jika dan hanya jika usaha lebih diperuntukkan untuk itu(cadangan menukar telefon baru tidak pernah masuk didalam senarai perkara yang perlu dibuat)
motosikal masih tidak sihat untuk dinaiki selalu, memerlukan kepada rawatan yang panjang yang mana secara tidak langsung turut memerlukan peruntukan kewangan, masa dan tenaga daripada tuannya iaitu diriku sendiri yang mana(lagi sekali) pada dasarnya tak mampu. jadi, biarkan sahaja begitu(bukan untuk selama-lamanya)

tidur siang yang banyak petang tadi(akibat minum ubat batuk yang banyak) membawa kepada rasa yang belum ingin tidur pada waktu sekarang. kelas besok bermula jam 11pagi, electromagnetic theory. rasa nak makan makin menjadi, tapi tak perlu pun tak apa untuk waktu ini. tadi berkunjung ke bilik azra’in, bilik gelap, tuan tiada. dia masih lagi sibuk memunggah komputer-komputer yang dipinjamkan untuk pertandingan permainan dalam talian(eg: cs, dota, fifa). budin, menang tempat ketiga bersama-sama bean, abbas, amin dan apon.

sudah tidak lagi kedengaran tukul mengetuk paku yang diketuk. adakah aku yang mengantuk? hish..
besok akan bermula, besok jugak akan berakhir, sepertimana hari ini. begitulan tiap-tiap hari. bezanya hanyalah bagaiman hari itu bermula, bagaimanan hari itu berjalan dan bagaimana hari itu berakhir. tidak memerlukan kepada sebiji miniDVย  atau sony dvcam atau dvcpro untuk merakam semua yang berlaku. cukup dengan pengamatan, ingatan dan tulisan (merujuk kepada masa kuliah). semuanya terletak dibahu sendiri..

p/s: ape benda ntah.. karrut aka cinod.

Apr 02 2007

back…

salam..
new theme – waterlily, this theme looks nice.. walaupun mungkin orang akan kata ni blog perempuan.. who cares :p
shoutboxย  is back – deactivate sebelum ni kerana x tahan ngan spam..

spam yang teramat, skrg niย  almost x der..ย  selepas dh upgrade shoutbox tu, dh upgrade wp ni..
amin..