Dec 30 2008

PMR

congratz and well done to my sis.

Dec 28 2008

Selamat Tahun Baru

Dalam beberapa jam lagi, berlalulah 1429H. Datang pula 1430H.

Sedikit hari lagi, pergi pula 2008. 2009 bakal tiba.

Masa tidaklah sesekali berhenti untuk menunggu penumpang-penumpang setianya.Tidak kiralah semampu mana pun tambang yang mampu penumpang itu bayar. Masa itu adil. Kerap kali tidak adalah penumpang-penumpangnya, tapi seringkali masa dipersalahkan.

Begitulah masa, akan terus kedepan, tanpa menoleh kebelakang. Tetapi tidak bagi kita, memandang kebelakang masih perlu untuk kita. Bukan semata-mata untuk mengenang yang sudah lepas, tetapi sebagai pedoman kepada kita untuk yang mendatang. Semoga hari esok akan terus memberi harapan. Insya-Allah

Doa Penutup Tahun – selepas asar hari terakhir tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun – selepas maghrib hari pertama tahun baru

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

insya-Allah.

source:
http://khalifah-bmi.ttesb.com/index.php?option=com_content&task=view&id=34&Itemid=1

p/s: hari pertama dalam kalendar hijrah adalah dikira selepas waktu Maghrib.

Dec 26 2008

ok.. this is the update.

salam and good day. this is the update.

i’m currently updating the phpbb2.x of crew’s hub to phobb3.x

ikutkan plan asal, nk upgrade terus dari current version kpd yg latest, 3.04. yg ad kt fantatisco 3.03 je, tapi apakan daya dekat 10 kali download, tp asyik putus je. tension? x de guna… dengan keadaan sekarang, rasanya x de benda menarik utk didownload dari server2 yg jauh disana. (read this for more about this problem)

harap2 semuanya pulih sepetrina mana yg dijadualkan.

balik kpd phpbb3. phpbb3 pada aku jauh lebih mantap. ia mula bermiripkan ipb yang bersifat komersil itu (tak free). mmg byk improvementnya. phpbb3 memang dh lama available, tapi sebab x rajin untuk mencuba, jadi x tau la sejauh mana improvementnya itu. before this, setakat baca update changes, review n etc, tp try tidak. ekekkee..

jadinya, terpaksala aku guna 3.03 aje utk upgrade board tua tu. nnt2 kalau rajin, upgrade 3.04. (3.03 ni vulnerable, bypass security auth) tapi apakan daya. puas ku cuba mendownload. cuba lagi nnt aje.

antara benda lain yg aku bercadang utk juga diupgrade, blog. yeap. this blog. currently running on wp 2.6x. latest 2.7. daripada mailing list, menarik version baru neh. tapi x pernah jugak aku try. hahahaha..

k, itu saja setakat ni. kpd sape yg x paham ape2, tgu post lain la esh. yg lebih anda faham. 🙂

Dec 24 2008

an update

this is for update… =)

Dec 08 2008

selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya 🙂