Sep 27 2013

Melbourne – Hari 27

hari terakhir. kapal terbang pukul 2.30. masuk office dulu pagi ni.

tapi sebelum masuk office, sempat ke victoria market dulu 🙂

penjual di victoria market baru nak mula berniaga. baru mula keluarkan barang dari peti-peti besi mereka.

DSC_4362a

DSC_4369a

jalan-jalan, pusing-pusing. masuk kat kawasan buah-buahan, sayur-sayuran.

DSC_4391a

pengalaman menarik pegi victoria market di pagi hari. takde la pagi sangat, dalam pukul 8 sampai di victoria market. kedai buah dan sayur dah banyak yang buka. tetapi kedai cenderamata cenderahati tu semua baru nak buka. yang dah memulakan perniagaan pun ada, tapi tak banyak la.

Sep 27 2013

Melbourne – Hari 26

esok balik. malam ni pusing-pusing jalan kaki lagi satu round. malam ni makan di mama wong’s. setelah 2 kali gagal kerana kedainya tutup. kali pertama, memang kedai tutup pada hari isnin malam. kali ke-2, tutup sebab tuan kedai menghadiri majlis kahwin kaum keluarga (ada notis tertampal).

selepas tu pegi cuba coklat mat botak. (max brenner). tetapi coklat dia tak sepekat likat san churros.

DSC_4350a

baik max brenner mahupun san churros, dua-dua ini sentiasa penuh dengan pelanggan. max brenner ni letaknya tak jauh dari san churros. selang 5-6 buah kedai je. kalau ke QV, cari papparich ataupun daiso di tingkat 2. kat situ ada satu padang (kadang-kadang ada event kat padang ni), kat situ cari la coklat mat botak ni. http://www.maxbrenner.com.au/

Sep 27 2013

Melbourne – Hari 25

hari ni kena cari satu beg untuk hand-carry. jadi, berpergian la ke woolworth, big-w, coles untuk cari shopping bag yang boleh diguna pakai tu. bigW ada banyak pilihan. tapi yang tak besar, macam terlalu kecik. tapi yang besar, mak aih, besar gila. jauh lagi besar dari ikea punya tu

di woolworth ada banyak saiz yang sesuai. yang menjadi pilihan, cool bag. dia cam ada insulation sikit, sesuai untuk shopping barang-barang frozen la kot.

setidak-tidaknya nanti boleh la guna beg ni untuk beli-beli barang nanti. kalau nak beli beg yang betul-betul beg tu, tak la kot. walaupun memang ada keiginan nak beli crumpler sebiji 😀

Sep 25 2013

Melbourne – Hari 24

hari 24 hari bekerja. hari hujan.

dah mula susun-susun barang yang nak bawak balik. haha

Sep 25 2013

Melbourne – Hari 23

hari ni terjumpa lagi satu tempat makan, Madam Kay’s Platz. so berpergianlah ke kedai tu- 139 Lonsdale Street, Melbourne, Victoria, Australia (Google Map).

Maka sampailah di alamat tu. Tapi tak jumpa pulak kedai Madam Kay’s, yang ada Black Sheep. alamat dah betul. tu pun kedai tutup, hanya buka untuk reservation. mungkin ad pelajar malaysia booking satu kedai untuk apa-apa event kot. sebab masa tu ada 3-4 orang student masuk kedai tu. mana aku tau tu student? err.. agak2. tapi kalau kedai makan yang harganya tak de la mahal sangat, mudah jumpa student malaysia. contohnya blok M dan bali bagus. tak mahal pun dalam AUD8 ke AUD9 jugak satu hidangan.

berbalik kepada kedai Madam Kay’s tu, rupanya dia dah tukar nama. (https://www.facebook.com/pages/Madam-Kays-Platz/205886462769463) – http://blacksheepmalaysian.com.au/

Sep 22 2013

Melbourne – Hari 22

Pagi ni sempat ke perpustakaan negeri, Victoria. letaknya disebelah QV. kalau dah ke QV tu, singgah la ke perpustakaan ni. cantik. senibina klasik. tapi gambar ni nampak buruk, terlebih melonjong. state library of victoria ni antara tarikan pelancong. tetapi adab dalam library, tak boleh la bising-bising.

disebabkan cuaca elok, pegi lagi sekali kat remembrance tu.

DSC_4030a

sebelah petang plak berlegar-legar di kawasan Dockland. Dockland ni kawasan tepi laut/muara. ada pelabuhan. antara bangunan landmark kat dockland ialah Etihad Stadium. Sesuai kalau nak jalan-jalan kat pelabuhan tengok-tengok kapal layar. jika tertanya-tanya berapa sebiji harga bot tu, boleh tengok kat sini – http://www.melbourneboatsales.com.au/

gambar yang sempat aku rakam semalam. kalau tengok bot tu blur la sikit, sebab amik long shutter, boat pulak dalam air kan. mesti la bergerak-gerak 🙂

pano1

gambar tu selepas matahari terbenam. bawah ni pulak cubaan nak buat startrail. dah lama tak shoot startrail. tapi cubaan ni sekerat jalan, sempat dalam 60shot je. lebih kurang 30-40minit. tak tahan sejuk wei. hahaha

startrail_a

Sep 22 2013

Melbourne – Hari 21

hari ke 21. disebabkan seminggu ada 7 hari, jadi hari ni dah 3 minggu aku kat sini (hari terbang kesini tu kira dah sampai sini je la senang cerita).

hari ni pergi ke Shrine of Remembrance. tempat ni macam tugu negara versi melbourne la. dibina untuk memperingati pahlawan-pahlawan yang telah berjuang menjaga kedaulatan. ada baiknya rujuk wikipedia untuk maklumat lanjut kerana jika aku yang bercerita, boleh jadi terlebih mengarut. http://en.wikipedia.org/wiki/Shrine_of_Remembrance

Tempat ni tak jauh dari City. Kiranya kalau dari mana sekali pun kita, amik train ke Flinders Station. Lepas itu amik tram dari Flinders Station menuju ke st kilda. ada banyak tram yang menuju ke sana. kalau nak jalan kaki dari flinders station tu pun boleh. dan elok. boleh lalu park. ada botanical garden/park. (Google map – Jalan Kaki dari flinders stration ke shrine of remembrance)

DSC_3589a

sempat ke st kilda beach, niat dihati nak tangkap gambar matahari terbenam, tapi apa kan daya. awan di kaki langit sangat meriah. nak ke st kilda beach ni pun tak susah. dari flinder station ada tram yang terus ke sana. dan tak jauh mana pun dari bandar.

Untitled_Panorama2a

gambar kat atas ni ada baiknya dilihat dengan saiz yang lebih besar. boleh klik gambar atau tengok kat sini

di QV, ada satu kedai yang namanya Laguna. nama penuh, laguna oriental supermarket. mungkin susah sikit nak cari sebab kedai ni terkebelakang sikit. tapi memandangan kedai Daiso dah buka di QV tu, cari je kedai Daiso. Laguna ni dibelakang Daiso tu. Dan Daiso ni pulak kat mana? Daiso ni dekat Papparich. Apa ada di Laguna Oriental Supermarket ni? Kedai ni menjual barang-barang yang diimport terus dari negara luar Australia. Termasuklah Malaysia. Kita boleh jumpa maggi, kicap cap kipas udang, barang2 ayam brand dan banyak lagi yang memang dari Malaysia. logo halal malaysia ada. harganya kalau dibandingkan dengan malaysia, selepas convert currency memang kat sini lagi mahal la. contohnya maggi kat malaysia satu pek RM3.70. Kat sini AUD2.00 kot kalau tak salah. kalau convert memang lagi mahal. tetapi, kalau tengok pada nombornya sini lagi murah. haha.

 

Sep 22 2013

Melbourne – Hari 20

Hari ke-20 dah. dah mula mengira hari nak balik. haha

macam yang pernah aku sebut sebelum ni, kawasan CBD ni ada banyak bangunan-bangunan lama. tapi aku gagal untuk merakamkan gambar bangunan itu dengan baik. susah nak dapat frame yang aku rasa menarik. sebab utamanya ialah, kabel elektrik yang digunakan oleh tram. haha. kalau dekat simpang, atau tengah-tengah jalan, kabel-kabel ni la yang membuatkan aku rasa, ah tak yah la amik gambar ni. hahaDSC_3526a

Sep 19 2013

Melbourne – Hari 19

Hari ni makan malam di Bali Bagus. bali bagus terletak dekat kawasan kampus RMIT. RMIT ni tak macam universiti yang biasa kita nampak kat malaysia dimana kampus kebanyakannya didalam satu kawasan, tetapi ada 3-4 blok (mungkin lebih) di kawasan bandar melbourne ni. kawasan pinggiran CBD.

ramai pelajar Malaysia yang makan kat situ. rasa macam kat malaysia plak. cuma pakaian je menampakkan tidak-di-malaysia. yer la, dengan jaket bulu-bulu tu, baju sejuk, ada yang kasut tinggi sampai ke lutut. kalau kat malaysia, bila masanya nak berpakaian macam tu. haha.

http://www.balibagusrestaurant.com/

Google Map

halal-20_bali-bagus

Sep 18 2013

Melbourne – Hari 18

Hari ini hari rabu, 18 sept 2013.

hujan renyai-renyai. macam musim hujan plak. tadi makan malam di kedai yang letaknya dekat sangat dengan hotel. sebelum ni tak terasa nak pergi sebab takut tak halal. dan tak pernah jumpa website yang ada sebut kedai tu halal (bukan tiada, aku yang tak jumpa). nama kedai tu Pepperoni’s. http://www.pepperonis.com.au/. yang aku pegi ni letaknya di 7A Elizabeth st. tak jauh dari simpang flinders street. (Google Map)

kedai ni jual kebab, pizza. untuk kepastian, aku tanya pekerja kedai tu berkenaan status halal. diorang cakap ayam dan lamb halal. dia tak sebut beef. so, x payah la amik beef. ada nampak sijil halal, tapi aku tak pergi tengok dekat. yang pasti, satu hidangan adalah sangat banyak. aku siap bungkus bawa balik. haha

halal-18_pepperonis

bertentangan (tak ada la betul2 bertentang), ada satu kedai jual churo. kedai tu namanya spanish doughnut. wife aku yang jumpa kedai ni dan dapat tahu kedai ni halal. bukanlah makanan berat yang dijual, tapi bolehla kalau rasa nak makan makanan-makanan ringan. kedai ni terletak diantara coles central dan lord of the fries. tade la betul2 diantara, selang beberapa pintu la jugak. http://spanishdoughnuts.com.au/ (Google map – Ini coles pnya map, tapi dekat je la). kalau mengikut kepada laman web mereka, kat stesen flinders tu pun ada. 24/7 lagi.

halal-19_spanish_doughnut

Sep 18 2013

Melbourne – Hari 17

hari selasa hari kerja.
wife dan anak aku jalan-jalan hari ni. diorang ke yarra park, melbourne central. cuaca ok jugak la.
malam ni flight balik diorang. 4 hari je kat melbourne. ok la, datang jenguk aku ni kan.

 

DSC_3339a

walaupun nampak macam tengah2 jalan, memang betul pun tengah-tengah jalan, tapi itu adalah track tram. lazimnya track tram ni tade kereta lalu. ini flinders street. di sebelah kiri tu adalah bangunan stesen keretapi flinders.

Sep 18 2013

Melbourne – Hari 16

hari isnin, siapa rajin bekerja?
hujan di pagi hari isnin ketika hendak pergi kerja. bayangkan…

hari ni wife dan anak aku jalan-jalan area bourke street mall. bourke street ni jalan yang mana kita boleh jumpa mall yang sangat menarik. aku suka masuk myer. luas gila. smart dan kemas. orang tak ramai. tapi kalau masa sale, ramai gila la kot.

sebelah malamnya makan di killiney bourke street. kak siti, kawan wife aku yang menetap kt melbourne, belanja. hujan. so berhujan la kami 3 beranak.