Mar 02 2015

UK – Day 2

Tengah tahan mengantuk yang amat. waktu kat tanah airku dah 4.30am dah ni. anak bini tengah tdo ni.

hari ni pusing2 area guildford ni je. keluar dalam pukul 930pagi. dimulakan dengan cari “voucher” untuk giffgaff

aku pakai giffgaff, pinjam PakLah pnya. giffgaff ni telco la. memang macam tu eja, bukan typo tu. haha. https://giffgaff.com/. ada juga diberikan Vodafone (sebab aku yang mintak), tapi vodafone mahal sangat rate datanya. so, pakailah giffgaff.

concept dia lebih kurang macam kat malaysia jugak. cumanya, di malaysia, kita beli prepaid dan terus reload. tapi giffgaff ni kita beli voucher. tak kisahla berapa kita nak. lepas tu, kita redeem la voucher tu kat web giffgaff. value voucher tu akan ditambah kedalam akaun airtime credit. airtime credit ni ialah akaun dimana pengunaan untuk pay-per-use call, sms dan data akan digunakan. giffgaff ada menyediakan pakej goodie-bag. pakej ni bundle terus untuk text, call dan data. sangat menarik. GBP15 untuk 3GB data. aku kisahkan data je. haha

coverage giffgaff ni indoor agak kurang menarik. tapi outdoor – setakat hari ini. Alhamdulillah ok la tu.

berkenaan makanan halal, tadi lunch di Thai Express yang terletak di food court The Friary. Nasi dengan kari hijau ayam beserta sebotal teh lipton tadi tak sampai GBP8.00. kedai ni buka hingga 6pm setiap hari, kecuali ahad. hari ahad sampai 5pm je. amex tidak diterima. visa diterima.

20150301_121315

makan nasi yawwww. haha

berjalan disekitar Guildford pada awalnya agak sunyi. tapi dalam sekitar 11am, orang dah start ramai. jalan kaki. sejuk? haha. tak payah cerita la. angin menambahkan lagi keseksaan kesejukan.

ada 2 kedai berhampiran hotel Radisson Blu yang aku stay ni. Ada Nuro Kebabs & Wraps dan Maloncho. Tapi arini try Nuro tu je la dulu. Untuk sekali dinner, tak sampai GBP10.00 sekali dengan air. ada kebab, burger, humus. makanan arab/turkis, tapi tade nasi arab la.

Kalau ikutkan websitenya (http://nuro.co.uk/), ada 2 kedai Nuro ni. yang aku pegi ni dekat 11 epsom road, gu1 3jt. yang gu1 3jt tu bukan typo. itu poskodnya. ye, poskod diorang ada hurup dan nombor. haha.

kedai Nuro ni buka setiap hari. 12pm-12am kalau tak salah. tapi yang pasti memang tutup lambat. kad kredit visa diterima. amex tak.

gambar jalan2 hari ni nanti la aku upload. dah tak larat tongkat mata dah. dari pkul 4pm tadi.

selamat malam!

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment