Mar 03 2015

UK – Day 3

Tahap mengantuk berada pada level 1298123/10. 3pm kat office dah tak boleh nak buat apa. jem. haha

semoga hari seterusnya bertambah baik

perjalanan pergi dan pulang ke office menaiki teksi. diorang panggil taxi, bukan cab. tambang dalam GBP13.00 one-way. kalau berjalan, dalam sejam. lepas ni nak cuba naik bas pulak. harap-harap sampai.

sejuk? hahaha. mestilahhh. tapi kata pemandu teksi dan rakan-rakan sepejabat, keadaan sekarang adalah WARM. yer warm, panas, tak sejuk. tapi diorang pakai baju sejuk, jaket tebal2 jugakkk. hahaha

kawasan office terletak sekitar university surrey. surrey research park to be exact. it is a nice place. bangunan jarak-jarak, tade tinggi2. nice view.

berbalik kepada pemandu teksi, dua2 Muslim. salah sorang tu tinggal di Woking. Woking ni ramai komuniti Islam. Dan di Woking juga letaknya Masjid Shah Jahan, masjid pertama yang dibina di UK

Masjid Shah Jahan:http://www.shahjahanmosque.org.uk/
wikipedia:http://en.wikipedia.org/wiki/Shah_Jahan_Mosque,_Woking

nak ke Woking ni tak susah, boleh amik train dari guildford. dalam GBP7.00 untuk return ticket. insya-Allah, akan cuba diusahakan untuk sampai ke sana. yang pasti, kedai makan halal banyak disana. ehhh.

berhampiran hotel Radisson Blu ni, ada sati lagi kedai halal, Maloncho. menarik kedainya. nampak eksklusif. harga makan dibandingkan dengan kedai kebab, tade beza sangat pun. owh, kedai ni sebelah kedai kebab Nuro tu – Google Map Website Maloncho

satu hidangan dalam GBP8.00-GBP9.00. dan aku dapat Nan free. haha. best. sangat lembut. haha. owner dah staff pun sangatlah peramah. staf dia yang sorang tu student di University of Surrey. yang sorang lagi tak pasti. amex tidak diterima. Visa ok. mana-mana pun sama je, amex tak laku. hahaha

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment