Mar 07 2015

UK – Day 7

Alhamdulillah, week 1 done. lagi seminggu.

another super sejuk morning. naik bas dari friary ke hospital. dari hospital jalan kaki ke office. dalam bas, rasanya kat hentian ke-2 selepas berlepas dari friery, penumpang beratur. panjang. ada sorang pakcik ni, duk tekun membaca. buku kecik. nampak besar tu macam quran. bila dia makin dekat, sah, memang quran. dalam hati aku yang lahir islam, orang keliling semua islam, tade pun betul-betul praktik baca quran dimana-mana.

ditakdirkan pakcik tu duduk sebelah aku dalam bas. dan dia masih lagi baca quran. bila dia dah habis, simpan quran, aku tegur. nampak gembira dia. dia kerja di hospital yang dekat dengan office aku tu. kerja bahagian finance. ada mba. tak tanya banyak plak pasal kerja dia. lepas tu dia cakap, arini jumaat. elok baca surah al-kahf. terasa lagi aku :|. sampai hospital, dia jalan dulu. assalamualaikum katanya.

aku kagum. pemandu teksi, officemate semalam, pakcik restoran maloncho dan pakcik ni. mereka sedar mereka minoriti dan tidak semuda kita dalam mempraktikan islam. dan mungkin itu sebabnya mereka dilihat sangt menghargai nilai-nilai islam. semoga Allah sentiasa merahmati mereka.

tadi juga berkesempatan ke surrey sports park. ada meetup dengan sorang researcher dari university of surrey. sports parknya adalah awesome. facility terbaik. ada wall climbing, indoor swimming pool, tennis, squash. dan semestinya padang – bola, ragbi. tempat dirancang adalah sports bar di situ. officemate, boleh dikira bos aku la, siap tanya ada serve halal meal ke tak. ada kata mereka. dan dalam menu tade pork. looks good. lagipun sebelum ni memang ada baca banyak uni dan sekolah actually pakai halal meat, chicken and etc. and ni adalah salah satu isu di uk dimana hal ini ada ditentang oleh sesetangah pihak. tapi tak jadi makan kat situ sebab time nak order, dan dan kitchen problem. tak boleh nak masak. haha. maka bergerak la ketempat lain. tempat pertama, bar. english pnya bar. tapi malangnya, tutup. renovation. maka bergeraklah ke bar seterusnya. pun english bar. sepanjang perjalanan tu memang view menarik. rumah diorang tak besar dan design pun biasa je. tapi kata diorang, ni tempat yang biasa-biasa. kalau nk tengok rumah besar gabak, kena pegi jauh sket. haha. orang kaya2 ni memang suka duduk hujung dunia. macam belakang kemensah tu. haha. baguslah, aman. mereka kerja kuat siang hari. malam nk rehat, tenang. 🙂 . oh, di bar tu memang aku minum air masak je la. tapi ambience dan keadaan dalam bar tu menarik. memang british abis. perabot. kerusi. interior. menarik.

balik dari office dah dekat pkul 6. sampai ke friery dalam pukul 630pm. melangkah ke Guildford Charcoal Grill (google map). makan kebab dan tapau burger. menarik. visa diterima, caj 5pence. tapi tadi aku bayar cash, 10pound.

20150306_182621bersebelahan kedai kebab tu, ada restoran india. nampak eksklusif, sama macam malancho. sempat la singgah dan bertanya. kata mereka, mereka serve halal food. tengok menu pun tade pork. dan salah seorang pekerja tu islam. insya-Allah halal. nama kedai tu Bombay Spice Restaurant (google map)tapi tadela aku gi sambung makan situ pulak. just masuk list je dulu. minggu depan, balik keje boleh pegi situ.

dan, esok hari minggu!

2 Comments

  • By Siisteri, March 7, 2015 @ 4:54 pm

    longest entry so far. cantik eh british interior? bleh buat kt umah ni haha :p

  • By admin, March 9, 2015 @ 3:53 am

    hahaha.

Other Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment