Mar 09 2015

UK – Day 8

hari minggu, tak keje.

kesempatan yang ada digunakan untuk ke London. pada awalnya, nak pegi naik bas. nak jimat. kalau ikutkan apa yang ada kat internet, jimat naik bas. tak diambil kira waktu perjalanan la.

tapi, pagi ni redah je pegi stesen guildford. beli tiket kat kaunter. guildford to london waterloo, retrun please. GBP20.10. murah dari ape yang kat internet. pastu dia cakap unlimited bus and train jugak. for all zone. ok, itu memang bagus. so, amik la. dapat travel pass. daripada yang aku baca, travel pass vs oyster, macam lebih baik oyster. tapi mungkin tu mungkin kalau semata-mata dalam london sahaja. owh, berkenaan zone. harga tiket ikut zone. ada yang single journey. ada yang daily cap. daily cap ni contohnya witihin zone 1 and zone tu harga dia GBP6.40 for unlimited rides. untuk lebih lanjut, tengok sini: http://www.tfl.gov.uk/fares-and-payments/fares?intcmp=1648 . tapi ini tak termasuk bas. bas pnya unlimited journey, daily cap lain plak. bleh tengok sini: http://www.tfl.gov.uk/fares-and-payments/fares/bus-and-tram

jadi, aku rasa GBP20.10 tu adalah deal yang baik. cumanya, aku tadela perlu nk travel semua zone pun. haha

hakikatnya, tade plan yang jelas pun kemana tempat nk dituju. semalam barula buat. itu pun berpandukan input dari rakan2 yang pernah ke London dan rakan office kat sini. sudahnya, dah sampai london, main redah je. haha. dari london waterloo, jalan kaki ikut suka nak gi mana. lalu la kot tepi london eye tu. panjang sungguh orang beratur nak naik. lalu tepi tu menuju ke jambatan jalan westminster. dari situ, nampak la jugak london eye tu. langit biru. itu best.

DSC_3376a

jalan lagi. sampai la kat tempat ni. dari jauh nampak orang ramai. owh. ada kuda. pegi la jugak tengok. itu rupanya Horse Guard Parade. (wiki)

DSC_3386a

dari situ, jalan lagi. lalu la melepasi pintu gerbang ni. tak jauh dari horse guard parade tu.

 

DSC_3409a

jalan lagi, tau2 dah sampai jalan yang ada banyak kedai2 yang duk dalam klcc yang tak pernah terpk nak masuk. haha. regent street dan oxford street. kedai ape kat situ? tengok sini

dari oxford street, amik train ke Queensway. ke malaysia hall, makan. makan nasi putih. haha. ada surau kat situ. murah makanannya. orang luar tak boleh masuk melainkan rakyat malaysia ataupun diiringi rakyat malaysia. selain queesway, boleh naik train ke bayswater. sekitar area ni nampak macam ada kedai2 halal. tapi tak check la plak. yang pasti subway di London halal. KL pun ada subway la. haha. kat malaysian hall, jumpa teng. bukan terjumpa. memang plan nk jumpa dia kat situ. tapi dia lambat. train rosak. train2 kat london tu pun manage by manusia jugak. kadang2 pun delay jugak. haha. dan juga jumpa sorang brader ni. dia 6 bulan kat london. secondment. tak tanya banyak plak. lepas tu dia bawak gi kedai cenderamata. oh, aku tinggal teng kat msia hall tu je. dia dah nak balik tanah air dah pun. flight 10pm.

kat bawah ni la gambar kedai cenderamata yang sangat dekat dengan bayswater dan murah. direkomen oleh brader tu. katanya, nego kaw-kaw katanya. ada beberapa kedai cenderamata kat situ. pastikan pilih yang betul.

20150307_152932

oh, selain zone, trainnya ada baaanyaakkk line jugak kat london ni. btw, train ke tube ke rail ke ape ke. aku akan pakai term train saje. senang. haha. boleh tengok sini – https://www.tfl.gov.uk/maps/track. berpinar jugak la mata. tipsnya,

  • pastikan stesen yang nak dituju.
  • kalau kena tukar train, pastikan nk tukar kat mana.
  • pastikan tunggu kat platform yang betul
  • ikut signage.
  • google maps sangat membantu. boleh tau pukul berapa dan line mana yang perlu diambil. tp ni sebelum turun ke underground. dah masuk bawah, line phone aku tade. x pasti la carrier lain. aku pakai giffgaff
  • dan. tanya je. insya-Allah diorang akan bantu

jalan-jalan. pusing2. pegi london bridge. tapi tak cross bridge tu pun.

DSC_3441a

hari dah malam. maka balik. amik train balik ke guildford. sampai guildford, makan, balik bilik tido. haha

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment